Rabu

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI KE PORT DICKSON


                                                                         SENJA


                                            AKTIVITI MEMUKAT DI TENGAH LAUTAN


                                                           SEBELUM PULANG


                                                       BERKUMPUL (MALAM FIRST)


                                                                  AKTIVITI FUTSAL


                                                                               AKTIVITI BOLA TAMPAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak Komen Kat Sini Tau

FAKTA GUNUNG NUANG, KUALA LANGAT

Ketinggian gunung Nuang hanyalah 4898 ft, terdapat 2 puncak di mana puncak pertama di gelar puncak Pengasih dan puncak ke dua digelar puncak Nuang. Kebanyakan pendaki akan hanya naik puncak Pengasih dan terus balik tanpa menghiraukan puncak Nuang. Puncak pengasih juga di gelar puncak tipu dimana ramai pendaki tertipu kerana mengangap puncak Pengasih adalah puncak Nuang.

Bagi yang berkhemah kebiasaannya akan mendirikan khemah di kem Lolo atau kem Pacat. Kem Lolo lebih baik untuk berkhemah kerana berdekatan dengan anak sungai sesuai untuk mandi dan dekat dengan sumber air.

Kem Pacat pula walau pun ada punca air tetapi terlalu jauh untuk mendapatkannya. Seseorang perlu mengambil masa hampir 1/2 jam untuk sampai kepada punca air tersebut.

Trek Nuang juga boleh dikatakan agak mencabar untuk pendaki dan sesuai untuk menjalani latihan sebagai persediaan untuk pendakian gunung lebih tinggi.

FAKTA AIR TERJUN BERKELAH, MARAN, PAHANG

Hutan Lipur Berkelah terletak di Hutan Simpan Berkelah, Pahang. Terdapat air terjun 7 tingkat dengan ketinggian di antara 3 hingga 30 meter. Selain itu terdapat aliran sungai dan kolam-kolam yang jernih dan tumbuh-tumbuhan yamg unik seperti Periuk Kera dan lain-lain.

Selain dari berkhemah, aktiviti-aktiviti utama seperti mandi-manda, trekking dan memancing juga boleh dilakukan.
Pengalaman berkhemah buat pertama kalinya di sana ialah melihat bintang-bintang bertaburan di langit pada malam hari. Perkhemahan 4 hari 3 malam, kami berpeluang menyaksikan shooting star di langit 3 malam berturut-turut. Ini menunjukkan langit dapat dilihat dengan jelas dan kurang pencemaran di hutan lipur tersebut.

Terletak 35 km dari Pekan Maran dan juga Bandar Kuantan. Perjalanan kami menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuantan tetapi berhenti di Stesen Caltex di Gambang mengikut perjanjian kami dengan pemandu lori yang menghantar kami ke Hutan Lipur Berkelah. Perkhidmatan penghantaran menggunakan truck/lorry ke Hutan Lipur .