Rabu

Menjajah Air Terjun Pertama Bersama Ahli Langgar Club Adventures™ (LCA).




Salam sejahtera saye ucapkan kepada rakan-rakan yang mengunjungi Blog Langgar Club..
Aktiviti yang terbaru dan terkini adalah Jelajah Air Terjun Berkelah...
Mempunyai 7 Campsite dan 7 Air terjun yang kecil dan besar...
Diharapkan kepada rakan-rakan facebook terutamanya dan rakan-rakan dari blogspot dapat bersama-sama memeriahkan aktiviti yang akan kami jalankan...
Untuk pendaftaran sebagai ahli sila email kan detail anda seperti Nama, Alamat, No. Hp & No. Ic di :


TARIKH : 02 Jun 2011 ~ 05 March 2011.
MASA BERKUMPUL : 10:00 Pm ~ 11:00 Pm.
TEMPAT BERKUMPUL : Shell Greenwood, Gombak.

INFORMASI
- Tujuan aktiviti ini adalah untuk mencari pengalaman yang sesetengah individu belum pernah merasai Meredah Hutan Belantara secara berjalan kaki ataupun secara mendaki..
- Dalam masa yang sama kita dapat Mengeratkan Silaturahim dan kita juga dapat mempelajari cara Teamwork..
- Dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti GPS ( Ground Positioning Satelite ), Walky Talky dan Peralatan Perubatan ( First Aid ).
- Khemah disediakan kepada sesiapa yang tidak mempunyai peralatan tersebut.
- Dari segi yuran hanya RM60 untuk makanan, sijil, pas, dan erkhidmatan.
- Sediakan RM40 untuk transport (car pooling)...
- Diharapkan juga kepada rakan-rakan untuk membawa barangan makanan ringan supaya dapat menampung keperluan makanan seandainya menghadapi kecemasan ataupun makanan kurang mencukupi.
- Mempunyai 6 Orang AJK Keselamatan :

1. Mohd Nabil Fikri.
2. Naryzul Hisham.
3. Muhammad Huzaifah.
4. Muhammad Shaiful Ikhmar.
5. Muhammad Daim
6. Muhammad Hafiz.



BARANG-BARANG YANG ANDA PERLU BAWA :

TORCH LIGHT. (Bateri Extra).
LIGHTER.
PAKAIAN.
BARANG PERSENDIRIAN.
MAKANAN RINGAN.
BOTOL AIR (extra)
*Diharapkan kepada rakan-rakan supaya membawa barang yang penting sahaja.

ATURCARA JELAJAH
AIR TERJUN BERKELAH, MARAN
03hb ~ 05hb JUN 2011


HARI KHAMIS (2 JUN 2011)

1)      SHELL GREENWOOD.
10:00pm    - Berkumpul dihadapan Shell, Greenwood, Gombak.
11:00pm    - Bergerak menuju ke Maran.
2:30am      - Sampai ke Lokasi.
3:00am      - Diwajibkan Tidur.


HARI JUMAAT (3 JUN 2011)

1)      LOKASI SEBELUM PERJALANAN.
8:00am      - Breakfast.
8:30am      - Senaman / Briffing.
9:00am      - Pejalanan Bermula.

2)      PERHENTIAN PERTAMA.
11:00am    - Rehat 40 Minit.
11:40am    - Perjalanan diteruskan.

3)      PERHENTIAN KEDUA.
2:00pm      - Rehat 30 Minit.
2:30pm      - Perjalanan diteruskan.

4)      SAMPAI KE LOKASI KEM (ATB).
4:30pm      - Pemasangan khemah
5:00pm      - Makan Petang.
5:30pm      - Aktiviti bebas dalam kwsan.
7:00pm      - Persediaan makan malam.
8:00pm      - Makan Malam.
9:00pm      - Berkumpul / Taklimat.
11:00pm    - Aktiviti bebas dalam kwsan.


HARI SABTU (4 JUN 2011)

1)      LOKASI KEM AIR TERJUN.
8:00am      - Breakfast.
9:00am      - Senaman / Aktiviti.
10:00am    - Mandi beramai-ramai / Fotografi
12:00pm    - Persediaan makan petang.
1:30pm      - Makan petang.
2:30pm      - Persediaan untuk balik.
3:00pm      - Perjalanan balik.
5:00pm      - Rehat 40 minit.

2)      LOKASI TAPAK PERMULAAN.
7:00pm      - Sampai ke tpak permulaan.
8:00pm      - Makan malam.
9:00pm      - Berkumpul / Taklimat.
11:00pm    - Aktiviti bebas dalam kwsan.

HARI AHAD (5 JUN 2011)

1)      LOKASI TAPAK PERMULAAN.
8:00am      - Breakfast.
9:00am      - Senaman.
9:30am      - Mini game.
12:00pm    - Makan Tengahhari.
1:00pm      - Mandi beramai-ramai / Fotografi.
3:00pm      - Mini game.
5:00pm      - Minum petang.
6:00pm      - Persiapan balik.
7:00pm      - Bersurai.



Untuk Keterangan Lanjut Sila Emailkan Atau Hubungi :
NARYZUL : 013-2956691.
EMAIL : langgarclub@yahoo.com.
Facebook : www.facebook.com/9W2RQQ
Website : www.langgarclubadventures.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak Komen Kat Sini Tau

FAKTA GUNUNG NUANG, KUALA LANGAT

Ketinggian gunung Nuang hanyalah 4898 ft, terdapat 2 puncak di mana puncak pertama di gelar puncak Pengasih dan puncak ke dua digelar puncak Nuang. Kebanyakan pendaki akan hanya naik puncak Pengasih dan terus balik tanpa menghiraukan puncak Nuang. Puncak pengasih juga di gelar puncak tipu dimana ramai pendaki tertipu kerana mengangap puncak Pengasih adalah puncak Nuang.

Bagi yang berkhemah kebiasaannya akan mendirikan khemah di kem Lolo atau kem Pacat. Kem Lolo lebih baik untuk berkhemah kerana berdekatan dengan anak sungai sesuai untuk mandi dan dekat dengan sumber air.

Kem Pacat pula walau pun ada punca air tetapi terlalu jauh untuk mendapatkannya. Seseorang perlu mengambil masa hampir 1/2 jam untuk sampai kepada punca air tersebut.

Trek Nuang juga boleh dikatakan agak mencabar untuk pendaki dan sesuai untuk menjalani latihan sebagai persediaan untuk pendakian gunung lebih tinggi.

FAKTA AIR TERJUN BERKELAH, MARAN, PAHANG

Hutan Lipur Berkelah terletak di Hutan Simpan Berkelah, Pahang. Terdapat air terjun 7 tingkat dengan ketinggian di antara 3 hingga 30 meter. Selain itu terdapat aliran sungai dan kolam-kolam yang jernih dan tumbuh-tumbuhan yamg unik seperti Periuk Kera dan lain-lain.

Selain dari berkhemah, aktiviti-aktiviti utama seperti mandi-manda, trekking dan memancing juga boleh dilakukan.
Pengalaman berkhemah buat pertama kalinya di sana ialah melihat bintang-bintang bertaburan di langit pada malam hari. Perkhemahan 4 hari 3 malam, kami berpeluang menyaksikan shooting star di langit 3 malam berturut-turut. Ini menunjukkan langit dapat dilihat dengan jelas dan kurang pencemaran di hutan lipur tersebut.

Terletak 35 km dari Pekan Maran dan juga Bandar Kuantan. Perjalanan kami menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuantan tetapi berhenti di Stesen Caltex di Gambang mengikut perjanjian kami dengan pemandu lori yang menghantar kami ke Hutan Lipur Berkelah. Perkhidmatan penghantaran menggunakan truck/lorry ke Hutan Lipur .